Networking

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.



RJ45


RJ45 adalah plag dan soket yang biasa digunakan untuk penyambungan ethernet di dalam rangkaian komputer. Penyambungan 8P8C biasanya dilakukan pada kabel pasangan berlingkar. RJ45 mempunyai dua komponen iaitu plag masukkan (male plug) dan soket terima (female socket), setiapnya mempunyai lapan dawai konduktor. Konduktor pada plag adalah rata dan kedudukannya adalah selari dengan badan penyambung. Di dalam soket pula konduktor adalah tergantung secara berpenjuru menghala ke dalam. Apabila satu plag RJ45 dijodohkan dengan soket RJ45, konduktor tadi akan bersambung dan menyebabkan ada pengaliran arus elektrik. Dawai konduktor di dalam soket seperti spring memastikan antara muka plag lebih baik dan membolehkan perjalanan keluar dan masuk lebih mudah. Penyambungan RJ45 adalah terbaik untuk digunakan pada ethernet. Sekitar tahun 2000, ia digunakan secara meluas untuk penyambungan kabel rangkaian ethernet dan menggantikan jenis-jenis sambungan terdahulu seperti penyambung BNC. Penyambung terdahulu ada juga ada yang tidak digunakan lagi seperti kabel modem memerlukan kuasa dan voltan tinggi untuk setiap penyambungan yang banyak.
Susun atur wayar kod warna RJ45
RJ45 dan kabel UTP(Unshielded Twist Pair)

Modem


Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat.
Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.
Modem DSL(Digital Subcriber Line)

Wi-Fi

Wi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN -Wireless Local Area Network).

Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.

Topologi

Terdapat beberapa topologi yang dibina didalam rangkaian antaranya : 

  






No comments:

Post a Comment