Definisi
Perisian komputer terdiri daripada program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan atau parameter "setting" yang membolehkan perisian tersebut beroperasi supaya komputer dapat melakukan sesuatu tugas yang diarahkan pengguna atau ditentukan oleh pembangun perisian tersebut.
(is a collection of computer programs and related data that provides the instructions for telling a computer what to do and how to do it. Software refers to one or more computer programs and data held in the storage of the computer for some purposes.)
(is a collection of computer programs and related data that provides the instructions for telling a computer what to do and how to do it. Software refers to one or more computer programs and data held in the storage of the computer for some purposes.)
Jenis
Perisian boleh dibahagikan kepada empat kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan, perisian penggunaan, Perisian untuk tujuan penyelenggaraan dan keselamatan.
- Perisian pengendalian (Operating Software)
membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagai contoh "Operating system", Disk Partition, BIOS, GRUB, MBR dan lain-lain berkaitan.
- Perisian pengaturcaraan (Programming Software)
selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembuatan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain berkaitan .
- Perisian penggunaan (Users Software)
atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
- Perisian Penyelenggaran dan Keselamatan (Maintenance & Security Software)
atau aplikasi penyelenggaraan dan keselamatan membantu menjalankan tugas-tugas bersifat selenggara pencegahan dan pembetulan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti "error checking", "defragment", "device manager", antivirus dan lain-lain perisian berkaitan dengan penyelenggaraan dan keselamatan.
No comments:
Post a Comment